Selasa, 17 Jun 2014

BENGKEL FROG VLE

Bermula daripada 17-19 Jun 2014 satu bengkel telah diadakan di PKG Manjoi.Moga dengan menghadiri bengkel ini GPM Kinta Utara akan mendapat manfaat dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang IT sejajar dengan Wawasan 2020..

Terima Kasih Cikgu

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979

SAMBUTAN HARI GURU DI SMK DOKTOR MEGAT KHAS










 

ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2014




Pengawas Pusat Sumber gigih menjual penanda buku comel sempena Hari Guru



BUKU RUJUKAN SPM 2014




Buku-buku terkini yang boleh di pinjam di PSS..dapatkan segera..sementara stok pinjaman masih ada


 Buku rujukan terbaru untuk rujukan pelajar dalam memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dalam komunikasi dan penulisan.

Cheer up your life with Megabest Jokes..





Buku cerita yang menarik untuk dibaca...

Ahad, 15 Jun 2014

Aktiviti Menceriakan Pusat Sumber








Pusat Sumber sekolah masih dalam usaha untuk dinaik taraf...dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pengawas pusat sumber, kami berjaya menceriakan pusat sumber walaupun masih di peringkat awal..kunjungan yang diterima oleh guru-guru dan pelajar-pelajar  sekolah telah memberi sinar yang baru kepada pusat sumber sekolah.

Rabu, 16 April 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SUMBER CEMERLANG SK TAMBUN





LAPORAN LAWATAN KE PUSAT SUMBER 
SK TAMBUN

Tarikh            :              4 April 2014
Tempat          :              Pusat Sumber SK Tambun
Masa             :              3 .00 petang


Pusat Sumber SMK Doktor Megat Khas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sumber SK Tambun pada 4 April 2014 Jumaat. Seramai 8 orang murid yang terdiri daripada Tingkatan 2,3 dan 4 serta 2 orang guru pengiring yang terdiri daripada Cik Nurrulfaiza bt Mohd Saleh dan Cik Noraida bt Abdul Rahman.
Kami tiba di  SK Tambun pada pukul 3.00 petang, yang telah disambut oleh GPM SK Tambun Pn Khairunisa. Beliau menerangkan sejarah penubuhan Pusat Sumber SK Tambun dan kemudahan yang disediakan. Kami telah dibawa melawat ke seluruh sekolah dan kami terpegun dengan keceriaan SK Tambun.

Pihak Pusat Sumber SMK Doktor Megat Khas berbesar hati dengan lawatan yang dianjurkan oleh PKG Manjoi dan di atas layanan yang berilmu dan mesra.

Selasa, 25 Mac 2014

PERKHIDMATAN DI PUSAT SUMBER SMK DR MEGAT KHAS



  • Pinjaman buku
  • Fotostat  RM 0.10 sehelai
  • ‘Print’
    • Hitam : RM 0.10
    • Warna : RM 0.50
  • ‘Laminating’
    • RM 1.00
  • Balut Buku *bayaran mengikut size buku
  • ‘Binding’
  • Penggunaan komputer
    • Menaip
    • Melayari Internet
      • RM 1.00/1 jam



VISI DAN MISI PSS


Visi
Pusat Sumber SMK Dr Megat Khas penyumbang pembentukan pelajar gemilang.
Misi
Memajukan Pusat Sumber Sekolah melalui;
  • Memperbanyakkan koleksi bahan yang diuruskan secara sistematik,
  • Meningkatkan penggunaan di kalangan warga sekolah dan,
  • Menyemai budaya membaca yang berterusan di kalangan pelajar.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PSS
Matlamat
Memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan sistem sokongan dalaman ke arah membudayakan ‘teknopen’ bagi meningkatkan mutu pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Objektif
  • Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik.
  • Menggalakkan semua pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran agar mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah ‘chalk and talk’sahaja.
  • Menyemai dan menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca, ingin tahu dan bertanya di kalangan pelajar melalui penggunaan bahan PSS.
  • Membantu guru dan pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai berbagai peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.


PIAGAM PELANGGAN PSS
Piagam pelanggan
Kami berjanji dengan penuh iltizam akan berganding bahu mempertingkatkan prestasi kurikulum sekolah dengan:
  • Memberi perkhidmatan Pusat Sumber yang berkualiti, tepat dan mudah.
  • Menyediakan laporan maklumbalas yang tepat, terkini dan sahih.
  • Memberikan khidmat nasihat kepada para pengguna supaya keperluan pengguna dipenuhi dengan berkesan.
  • Memberikan perkhidmatan yang menepati masa dan mesra dengan maklumat yang tepat dan sahih.
  • Menyediakan bahan-bahan yang bermaklumat terkini, bermutu, mudah difahami dan senang diperolehi.
  • Memberikan khidmat kepakaran grafik dan audio-visual untuk meningkatkan mutu dan lebih daya tarikan.
  • Memberikan khidmat sokongan yang berkualiti kepada setiap aktiviti-aktiviti panitia.

FUNGSI DAN PERANAN

·         FUNGSI PSS – Sebagai tempat mengumpul, menghasil, mengorganisasi dan menyebar atau menggunakan maklumat,

·         PERANAN PSS – Sebagai satu sistem yang menyokong ke arah matlamat pendidikan negara. Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran.


Isnin, 24 Mac 2014

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS )

Menguruskan semua hal berkaitan PSS; seperti merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangan PSS, menentukan sumber kewangan dan mengagih serta menyelaras peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS, serta bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja, seperti menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain.




ETIKA PENGAWAS PSS


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
  • Menjaga harta benda
  • Menjaga perpustakaan supaya dalam keadaan senyap 
  • Pengawas perpustakaan mesti bekerjasama antara satu sama lain sama ada dengan ahli jawatankuasa atau guru penasihat perpustakaan 
  • Jika terdapat sebarang masalah,pengawas perpustakaan diminta merujuk masalah tersebut kepada ahli jawatankuasa
SIFAT PENGAWAS
  • Sifat amanah, bertanggungjawab, jujur, menepati masa dan hormat-menghormati.
  • Selalu berdisplin dan menunjukkan teladan yang baik.
  • Semasa menjalankan tugas, mestilah peramah, tegas dan rajin.
  • Sikap inisiatif amat diperlukan dalam kalangan pengawas PSS, senior mahupun junior.
  • Pengawas PSS dikehendaki mengenali semua pengawas PSS yang lain dan ahli jawatankuasa.
  • Pengawas PSS diminta bekerjasama dan menurut segala arahan yang diberi. Sesiapa yang ingkar, tindakan displin akan diambil. 
KUASA PENGAWAS PSS
  • Pengawas perpustakaan mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap setiap pelajar yang menggunakan perpustakaan.
  • Pengawas perpustakaan boleh menghalau murid-murid yang membuat bising di dalam perpustakaan walaupun dia seorang pengawas sekolah.
  • Pengawas perpustakaan boleh melaporkan si pesalah yang degil kepada AJK Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
  • Sistem tolak markah akan dilaksanakan oleh AJK.Keputusan yang diambil adalah muktamad dan sistem ini dijalankan secara sulit.
PAKAIAN SERAGAM PSS
  • Pengawas perpustakaan diwajibkan memakai tag nama masing-masing semasa didalam kawasan sekolah .
  • Pakaian seragam mestilah kemas dan tali leher mestilah diikat dengan betul dan kemas .
  • Tali leher mestilah dipakai semasa persatuan , semasa mesyuarat , semasa bertugas dan d ikawasan sekolah .
  • Sesiapa yang kehilangan tag nama dikehendaki melaporkan kepada pengerusi dan guru penasihat .
  • Vest perlu dipakai semasa bertugas dan perhimpunan rasmi.
  • Jika pakaian seragam tidak kemas, denda akan dikenakan.
DENDA
KESALAHAN
DENDA
TIDAK MEMAKAI TALI LEHER
RM 1
TIDAK MEMBUTANGKAN VEST
RM 1
TIDAK MEMAKAI TEG NAMA
RM1
TIDAK MEMASUKKAN BAJU KEMEJA
RM 1
MELIPAT LENGAN BAJU DI LUAR KAWASAN KELAS
RM 1
TIDAK MEMBUTANGKAN LENGAN BAJU
RM 1

MESYUARAT PSS
  • Mesyuarat akan diadakan bila-bila masa jika perlu. Pengawas PSS diminta merujuk pada papan kenyataan di perpustakaan.
  • Semua pengawas PSS diwajibkan menghadiri mesyuarat.
  • Pengawas PSS yang tidak dapat menghadiri mesyuarat dikehendaki menulis sepucuk surat dan dihantar sebelum mesyuarat dengan memberi sebab yang munasabah .Surat tersebut mesti diserahkan kepada pengerusi sebelum mesyuarat itu diadakan.
  • Bagi pengawas PSS yang tidak hadir ke sekolah pada hari mesyuarat misalnya sakit, dikehendaki menghantar surat pada keesokannya.
  • Pengawas PSS tidak dibenarkan beredar dahulu selagi mesyuarat belum tamat kecuali mempunyai sebab yang munasabah.
  •  Pengawas PSS diwajibkan membawa buku nota mesyuarat pada setiap mesyuarat yang diadakan. Perkara yang telah dibincangkan harus dicatatkan.
  • Sesiapa yang tidak hadir ke mesyuarat dikehendaki bertanya apa yang dibincang semasa mesyuarat.
KEISTIMEWAAN PENGAWAS PSS
  • Pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam lebih buku semasa cuti sekolah,peperiksaan dan masa yang ditentukan oleh pihak jawatankuasa.
  • Semua pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam majalah yang tiga bulan lamanya.Majalah yang belum tiga bulan tempohnya hanya boleh dibaca di dalam perpustakaan sahaja.
  • Kad pinjaman tidak perlu digantung lewat memulangkan buku.
  • Pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam lebih buku semasa cuti sekolah,peperiksaan dan masa yang ditentukan oleh pihak jawatankuasa.
  • Semua pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam majalah yang tiga bulan lamanya.Majalah yang belum tiga bulan tempohnya hanya boleh dibaca di dalam perpustakaan sahaja.
  • Kad pinjaman tidak perlu digantung lewat memulangkan buku.
YURAN
  • Setiap pengawas PSS dikehendaki membayar RM 5 setiap bulan dari bulan Januari sehingga bulan November setiap tahun.
  • Yuran dikehendaki dibayar kepada ketua bendahari atau penolong bendahari secara individu.
BERSARA DAN MELETAKKAN JAWATAN
  • Pengawas PSS yang telah dilantik perlu berkhidmat sehingga tamat tempoh perkhidmatan.
  • Pengawas PSS yang hendak meletak jawatn dikehendaki berjumpa dengan guru penasihat dengan sepucuk surat yang menerangkan sebab-sebabnya.
  • Seorang pengawas PSS boleh dilucutkan jawatannya jika:
  1. Ditangkap atas tuduhan mencuri barang-barang kepunyaan pusat sumber.
  2. Tidak menjalankan tugas lebih daripada tiga hari berturut-turut tanpa sebab yang munasabah.
  3. Melakukan perbuatan yang buruk dan masalah lain.