TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
- Menjaga harta benda
- Menjaga perpustakaan supaya dalam keadaan senyap
- Pengawas perpustakaan mesti bekerjasama antara satu sama lain
sama ada dengan ahli jawatankuasa atau guru penasihat perpustakaan
- Jika terdapat sebarang masalah,pengawas perpustakaan diminta
merujuk masalah tersebut kepada ahli jawatankuasa
SIFAT
PENGAWAS
- Sifat amanah, bertanggungjawab, jujur, menepati masa dan
hormat-menghormati.
- Selalu berdisplin dan menunjukkan teladan yang baik.
- Semasa menjalankan tugas, mestilah peramah, tegas dan rajin.
- Sikap inisiatif amat diperlukan dalam kalangan pengawas PSS,
senior mahupun junior.
- Pengawas PSS dikehendaki mengenali semua pengawas PSS yang
lain dan ahli jawatankuasa.
- Pengawas PSS diminta bekerjasama dan menurut segala arahan
yang diberi. Sesiapa yang ingkar, tindakan displin akan diambil.
KUASA PENGAWAS PSS
- Pengawas perpustakaan mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap
setiap pelajar yang menggunakan perpustakaan.
- Pengawas perpustakaan boleh menghalau murid-murid yang
membuat bising di dalam perpustakaan walaupun dia seorang pengawas
sekolah.
- Pengawas perpustakaan boleh melaporkan si pesalah yang degil
kepada AJK Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
- Sistem tolak markah akan dilaksanakan oleh AJK.Keputusan yang
diambil adalah muktamad dan sistem ini dijalankan secara sulit.
PAKAIAN
SERAGAM PSS
- Pengawas perpustakaan diwajibkan memakai tag nama
masing-masing semasa didalam kawasan sekolah .
- Pakaian seragam mestilah kemas dan tali leher mestilah diikat
dengan betul dan kemas .
- Tali leher mestilah dipakai semasa persatuan , semasa
mesyuarat , semasa bertugas dan d ikawasan sekolah .
- Sesiapa yang kehilangan tag nama dikehendaki melaporkan
kepada pengerusi dan guru penasihat .
- Vest perlu dipakai semasa bertugas dan perhimpunan rasmi.
- Jika pakaian seragam tidak kemas, denda akan dikenakan.
DENDA
KESALAHAN
|
DENDA
|
TIDAK MEMAKAI TALI LEHER
|
RM 1
|
TIDAK MEMBUTANGKAN VEST
|
RM 1
|
TIDAK MEMAKAI TEG NAMA
|
RM1
|
TIDAK MEMASUKKAN BAJU KEMEJA
|
RM 1
|
MELIPAT LENGAN BAJU DI LUAR KAWASAN KELAS
|
RM 1
|
TIDAK MEMBUTANGKAN LENGAN BAJU
|
RM 1
|
MESYUARAT
PSS
- Mesyuarat akan diadakan bila-bila masa jika perlu. Pengawas
PSS diminta merujuk pada papan kenyataan di perpustakaan.
- Semua pengawas PSS diwajibkan menghadiri mesyuarat.
- Pengawas PSS yang tidak dapat menghadiri mesyuarat
dikehendaki menulis sepucuk surat dan dihantar sebelum mesyuarat dengan
memberi sebab yang munasabah .Surat tersebut mesti diserahkan kepada
pengerusi sebelum mesyuarat itu diadakan.
- Bagi pengawas PSS yang tidak hadir ke sekolah pada hari
mesyuarat misalnya sakit, dikehendaki menghantar surat pada keesokannya.
- Pengawas PSS tidak dibenarkan beredar dahulu selagi mesyuarat
belum tamat kecuali mempunyai sebab yang munasabah.
- Pengawas PSS diwajibkan membawa buku nota mesyuarat
pada setiap mesyuarat yang diadakan. Perkara yang telah dibincangkan harus
dicatatkan.
- Sesiapa yang tidak hadir ke mesyuarat dikehendaki bertanya
apa yang dibincang semasa mesyuarat.
KEISTIMEWAAN
PENGAWAS PSS
- Pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam lebih buku semasa
cuti sekolah,peperiksaan dan masa yang ditentukan oleh pihak jawatankuasa.
- Semua pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam majalah yang
tiga bulan lamanya.Majalah yang belum tiga bulan tempohnya hanya boleh
dibaca di dalam perpustakaan sahaja.
- Kad pinjaman tidak perlu digantung lewat memulangkan buku.
- Pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam lebih buku semasa
cuti sekolah,peperiksaan dan masa yang ditentukan oleh pihak jawatankuasa.
- Semua pengawas perpustakaan dibenarkan meminjam majalah yang
tiga bulan lamanya.Majalah yang belum tiga bulan tempohnya hanya boleh
dibaca di dalam perpustakaan sahaja.
- Kad pinjaman tidak perlu digantung lewat memulangkan buku.
YURAN
- Setiap pengawas PSS dikehendaki membayar RM 5 setiap bulan
dari bulan Januari sehingga bulan November setiap tahun.
- Yuran dikehendaki dibayar kepada ketua bendahari atau
penolong bendahari secara individu.
BERSARA
DAN MELETAKKAN JAWATAN
- Pengawas PSS yang telah dilantik perlu berkhidmat sehingga
tamat tempoh perkhidmatan.
- Pengawas PSS yang hendak meletak jawatn dikehendaki berjumpa
dengan guru penasihat dengan sepucuk surat yang menerangkan
sebab-sebabnya.
- Seorang pengawas PSS boleh dilucutkan jawatannya jika:
- Ditangkap atas tuduhan mencuri barang-barang kepunyaan pusat
sumber.
- Tidak menjalankan tugas lebih daripada tiga hari
berturut-turut tanpa sebab yang munasabah.
- Melakukan perbuatan yang buruk dan masalah lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan